
Sulit
4 tahun
Ulser tunggal di alat sulit
Seminggu yang lalu saya mendapati ada satu ulser tunggal yg pedih dan gatal . Saya telah mendapatkan ubat fucidin antibiotik dri farmasi namun tiada kesan. Boleh saya tahu kenapa ia terjadi dan bagaimana cara untuk sembuhkannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, ulser tersebut mungkin berpunca daripada sebab-sebab yang disebutkan di bawah:
- Radang kulit
- Gigitan serangga
- Ulser kencing manis
- Jangkitan kelamin (sifilis, gonorrea)
- Penjagaan bahagian sulit yang kurang bersih
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh sebab lain. Justeru anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui. Kami tidak dapat menjawab bagaimana untuk merawatnya kerana anda perlu membuat pemeriksaan dengan doktor terlebih dahulu kerana rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberi oleh doktor.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk menjaga kebersihan di bahagian sulit dengan lebih bersih.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.