
Sulit
4 tahun
Umur 13.kerap berinai dahulu.zakar tak mengeras
Hai.saya berumur 13.dulu saya kerap beronani.tapi,suatu hari kemaluan saya tidak mengeras.tapi,selepas 2 minggu kemaluan saya tidak mengeras,ia mengeras kembali…selepas beberapa hari, kemaluan saya tidak mengeras semula.kenspa ya.apa ubat nya.tolong jelaskan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala mati pucuk adalah seperti:
- Masalah mendapat ereksi
- Masalah menjaga ereksi
- Kekurangan keinginan seksual
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Namun, bagi masalah mati pucuk, ianya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Rawatan adalah bergantung dengan punca. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.