
Anonymous
5 tahun
Upt negatif. period lewat
Saya berumur 28tahun. Mempunyai 2 org ank. 3tahun dah 1tahun 5bulan (menyusu badan).
Period saya bulan ni dah lewat seminggu. Tapi bila cek UPT. Negatif. Saya first datang period after birth mase umur anak setahun sebulan. Teratur. Cuma bulan ni lewat. Adakah saya harus ke klinik untuk scan? Adakah doctor ada pendapat lain yang bole buat saya tenang . Saya risau sebab period dah lebih seminggu tak ada tanda2 mahu period pun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lama daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebagai info tambahan, untuk pengetahuan pihak puan, terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa proses mencapai menopaus. Sekiranya haid belum tiba sudah melewati 38 hari, sebaiknya puan melakukan pemeriksaan sederhana seperti urine pregnancy test terlebih dahulu.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih