
Sulit
4 tahun
UPT negatif tetapi tanda seperti hamil
sya berumur 22tahun dan mmpunyai seorang anak berumur stahun 16 hari…lpas bersalin sya trus ambil suntikan perancang…kmudian sya stop sbb kerap msalah sakit kepala so start bulan 3 sya mrancang sndri kmudian bulan 4 sya xda period lewat 39hari…pda 15/4 sya buat upt naik samar2 kmudian brpa hari lpas tu sya buat upt dah negatif…24/5 sya priod tapi sakit sngt & 5 hari turun darah bnyak sangat…dktor just ckp faktor sya lewat priod sbulan…skrg bln 6 sya ada mngalami demam pnas on off rsa mual2 dan bngkak susu…selalu bngkak susu time ank sya x mnyusu tpi dia dh mnyusu tpi still bngkak dlm 2 hari…adakah ni tnda sya hamil or cuma gngguan hormon sbb priod sya x stabil??

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.