Sulit
2 tahun
UPT negative tapi tidak datang haid
Hi doktor,Saya 21 tahun Dan dah berstatus berkhawin… Saya risau sebenar nya… saya tak pernah lewat dtang haid… tpi bulan ni… saya lewat Dan dh lepas seminggu Dari tarikh haid saya yg sepatutnya… saya Cuba pkai UPT,tapi keputusan negative… sampaikan saya stress Dan takut jika ada masalah pada kesihatan saya.saya dah Cuba pkai UPT smpai banyak kali… namun keputusan masih sama… saya ada baca nasihat Dari doktor, Dan melalui pencarian google supaya mendapatkan nasihat Dan Cuba ujian darah untuk memastikan tahap kesihatan Dan status kehamilan yg betul Dan tepat… adakah saya perlu berbuat demikian?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah lewat datang haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, banyak perkara boleh meyebabkan UPT negatif. Ini termasuk:
- Anda mengandung tetai hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam keadaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandunagn hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain. Ujian darah hCG adalah lebih sensitif berbanding ujian urin hCG. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.