
misswedgs
5 tahun
Upt positif samar cd 29 keluar period
saya check upt sejak 6dpo lagi pelbagai jenis upt saya guna . ada yang samar dan ada yang -ve . saya beli jenis casette ia murah memang ada line kedua samar2 . so saya cuba beli yang mahal dip n tell . balik ke rumah check . -ve . 7dpo check dgn casette still ada samar2 dan cuba pakai dgn strip harga murah2 tk sampai rm1 1 strip . casette dan strip saya beli online . jenis strip beli online -ve tapi dgn cassette samar2 . pada 8dpo check lagi pakai yang murah pnya casette dan strip
result yang sama mcm 7dpo
malam 8dpo saya beli clear blue plus , disclosure , dip and tell midstream . malam tu jugak cuba saya test clearblue plus dan disclosure . result untuk clearblue sangat2 samar kena perhatikan betul2 baru nampak samar dan result pada disclosure -ve . 9dpo 9am macam tu kot saya test clearblue , dip and tell midstream , upt strip yang murah dan casette . result clearblue sangat2 samar all the strip -ve termasuk mid stream . untuk cassette warna dia naik sikit . then after that on my cd29 keluar period not sure period or bleeding warna tak nampak sangat2 sebab panties warna dark sikit . di sertai perut mcm sengugut .
- check pregnancy test
awal pagi & dan petang .
8 dpo banyak check pagi , petang dan malam .
apa perlu saya buat ya doctor ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,punca kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan. Namun begitu, ujian kehamilan yang paling tepat dilakukan di makmal ujian hospital atau klinik.
Untuk mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui,sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.