
Anonymous
5 tahun
Vagina berbau hanyir
Salam sejahtera doct, sy wanita berumur 25 tahun.masalah saya sekarang ni vagina berbau, persis bau ikan yg hanyir malah teruk lagi.saya start mengalami benda ni lama dah, dah 4 tahun lebih dan sy juga tak pernah check up…tapi sekarang makin teruk…kadang2 malu nak keluar, bercakap dengan orang…bau sangat ketara…apa patut saya buat doct?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, vagina berbau boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kandida
- Vaginosis bakteria
- Jangkitan kulat
- Bau darah bercampur lendiran faraj/vagina
Anda boleh mengamalkan beberapa langkah pencegahan seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Sekiranya masalah ini berlanjutan dan mengganggu kehidupan seharian anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.