
Sulit
4 tahun
Vagina gatal dan sakit
hi Dr,adakah perlu saya menghabiskan antibiotik azithromycin dahulu atau saya harus ke doktor, sebab vagina saya sakit dan gatal pada bahagian dalam,saya suda ke doktor dan bakteria masih ada menjangkiti urine saya…adaka saya perlu ke doktor minta rawatan suntik kedua kali.tq dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, ubat antibiotik yang diberi oleh doktor perlu dihabiskan untuk mengelakkan masalah bacterial resistance di mana antibiotik tersebut tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman yang mengjangkiti anda.
Disebabkan anda masih mengalami gejala dan ia semakin teruk, sila pergi ke klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.