
Sulit
3 tahun
Vagina gatal saat hendak kencing
Hello saya berusia 30 thn saya mengalami gatal saat rasa hendak kencing ada lendiran putih yg menyebabkan gatal vagina kenapa ya jadi begitu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hello, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda mengenai masalah gatal dan lendiran putih pada kemaluan, perkara ini semestinya amat mengganggu anda, justeru kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, antara punca gatal pada kemaluan adalah:
- Alahan terhadap produk pencuci
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau berbahan kain sintetik
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian daripada doktor, seperti:
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Masalah kulit
- Jangkitan kulat
Mengenai lendiran putih yang anda alami, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda mengenai perkara ini untuk mengenalpasti sama ada ia merupakan suatu keputihan yang normal atau tidak.
Oleh, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih