
Sulit
4 tahun
Vagina menjadi sakit
Saya wanita berumur 20an. Haritu saya ada masalah uti. Dan sudah dirawat dan alhamdulillah dah okay… Tetapi tetiba sekarang, saya punya vagina jadi macam sakit dan pedih selepas kencing. Kencing pun dah lawas elok. Kenapa ya dktor? Boleh bantu saya? Terima kasih dr.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
- Radang pada saluran kencing
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.