
Sulit
4 tahun
Vagina selalu gatal dan apabila di garu vagina akan pedih dan melecet
saya wanita baru berusia 19 tahun dan belum berkahwin saya mengalami masalah vagina yang gatal kira kira 2 minggu ini dan apabila saya garu bahagian vagina saya yang gatal, ianya akan melecet dan pedih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera . Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kekeringan dan kegatalan pada kemaluan. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Risau dengan masalah kegatalan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Oleh itu, jika perkara ini berlarutan dan mengganggu anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Perlukan penerangan selanjutnya? Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan .