
Sulit
4 tahun
Wajah saya pucat dan saya tidak tahu apa punca wajah saya pucat
Saya berumur 19 tahun.Saya sedar saya mengalami wajah pucat sejak saya masuk sekolah menengah.Saya tidak tau apa punca saya mempunyai wajah yang pucat seperti ini.Adakah saya perlu bertemu doktor untuk bertanya atau wajah pucat adalah normal?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi kelihatan pucat boleh disebabkan oleh:
- Terlampau letih
- Aliran darah yang tidak mencukupi (Anaemia)
- Seri muka orang berkulit cerah (Normal complexion)
Selain itu, simptom anemia atau kekurangan darah seperti berikut:
- sakit kepala dan rasa kepala ringan
- rasa letih dan tidak bermaya
- rasa mahu pitam
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan surat rujukan ke pakar bagi pemeriksaan lebih lanjut akan masalah yang anda alami bagi mengenalpasti punca sebenar penyakit yang anda alami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat atau diagnosis. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.