
Sulit
4 tahun
Waktu paling tepat dan benar untuk mengukur ketinggiankur ke
Saya perempuan berumur 14 tahun 2 bulan… Saya nak tanya bila waktu paling sesuai untuk ukur ketinggian dan bila kita nak tahu ketinggian sebenar… Then saya nak tanya adakah ketinggian seorang anak boleh dipengaruhi oleh ketinggian datuk atau nenek?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Menurut kajian, waktu paling tepat untuk mengukur ketinggian anda yang paling maksimum adalah pada waktu pagi selepas bangun tidur. Hal ini adalah kerana lazimnya apabila kita berbaring atau tidur, tulang belakang tidak tertindih/terbeban dengan graviti - yang menyebabkan tulang belakang sedikit termampat lalu ketinggian menjadi lebih rendah (namun tidaklah terlalu signifikan).
Umumnya ketinggian seseorang itu adalah bedasarkan beberapa faktor, antaranya termasuk:
- genetik / keturunan
- pemakanan
- kadar bersenam / eksesais
- kesihatan tubuh secara umum
- postur harian tubuh badan
Inginkan penjelasan lanjut dari doktor? Pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.