
isaacsandra91
5 tahun
Wanita berumur ambil perancang
Saya wanita berusia 40tahun dan bercadang untuk mengambil pil perancang Yasmin,dari yang saya tahu pil perancang ini boleh mengawal berat badan dan mencantikkan kulit d samping mencegah kehamilan… masalah nya d sini doc bolehkan saya mengambil pada usia 40tahun… mohon penjelasan doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pil perancang boleh diguna oleh wanita dalam lingkungan umur reproduktif, iaitu selepas akil baligh sehingga ke menopaus. Namun demikian, terdapat beberapa kriteria di mana pil Yasmin tidak disarankan. Antaranya ialah :
- kehamilan
- umur 35 ke atas dan merokok kerana ini boleh meningkatakan risiko untuk trombosis vena dalam
- masalah buah pinggang
- masalah darah tinggi yang tidak terkawal
- masalah kencing manis bersama dengan masalah saluran darah
- kanser payudara atau panyakit wanita lain yang bertindak kepada tahap estrogen dalam tubuh
- barah hati
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini(DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian.Terima kasih.