
Sulit
5 tahun
Wanita yang mengalami istihadah adakah boleh hamil
Saya wanita berusia 26 tahun dan sudah berkahwin. Usia perkahwinan 1 tahun 3 bulan namun belum pernah positif hamil atas sebab masalah kitaran haid yang tidak teratur. Berkemungkinan itu darah istihadah,dan saya tidak bersama suami jika saya mengalami darah berterusan. Itu juga mungkin faktor susah lekat untuk hamil kerana kurang hubungan intim kerana saya fikir saya sedang haid. Andaikata itu darah istihadah, adakah saya subur? Dan saya sukar dapat waktu subur saya walaupun menggunakan opk. Adakah darah istihadah mengganggu keputusan opk?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Masalah pembekuan darah
- Kanser rahim atau cerviks
Untuk meninggikan peluang kehamilan, anda perlu mengatasi masalah yang menyebabkan pendarahan istihadah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan atau scan untuk mendapat diagnosa yang lebih tepat. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.