
Sulit
4 tahun
Warna darah semasa datang bulan
Saya wanita berumur 29 tahun dan belum berkahwin. Saya pernah menghidapi sakit aplastik anemia dan sekarang sudah beransur sembuh. Semasa period, saya dapat kadangkala darah period berketul dan berlendir. Hal ini terjadi hanya pada hari pertama dan kedua sahaja. Adakah ini biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, darah berketul itu ialah darah beku. Ini adalah perkara yang normal sekiranya aliran haid anda tidak berlebihan seperti perlu tukar pad setiap 2 jam. Lendiran tersebut merupakan campuran lendiran daripada rahim dan daripada faraj.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.