Sulit
4 tahun
Zakar lemah & kekadang tak berfungsi sepenuhnya
sy umur 55…tiada kencing manis…tiada darah tinggi…sll senaman…badan sihat…tp zakar lemah…sdah memakan supplement vasoflex & prime androguard…zakar berfungsi tp akan lemah jika sy tak bersenam dlm 2 hari gitu…ada kah sy mengambil supplement yg betul
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah zakar tidak tegang dan lemah.
Biasanya masalah zakar tidak tegang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































