
Anonymous
5 tahun
Zakar saya bengkak dan keluar nanah
Saya lelaki 44 tahun…dah berkahwin…
Mengalami masalah sifilis…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terlebih dahulu, harus dipertanyakan siapakah yang memberikan tuan diagnosis Sifilis? Sekiranya benar, pastikan anda telah mendapatkan pengubatan Sifilis yang sepatutnya dan memeriksakan pasangan seksual anda ke doktor untuk mendapatkan dan mengelakkan komplikasi.
Berkenaan dengan keluhan tuan mengenai zakar bengkak dan bernanah, selain Sifilis, keluhan ini berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan kelamin lain seperti
- Gonorrhea
- Chlamydia
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Steve Halama