
Anonymous
5 tahun
Zakar seakan bengkok ke bawah
saya lelaki berumur 19 tahun dan saya rasa saya ada masalah zakar bengkok kebawah, saya perasan sejak umur 14 tahun lagi tapi masa tu tak tahu apa apa dan tak tahu nak bagitau siapa, bila umur dah meningkat benda masih sama jugak dia masih bengkok jugak, tapi takde rasa sakit tapi bila tekan rasa macam benda tu patah tapi tak rasa apa apa, nak bagitau parents macam segan, tu saya nak consult dekat dr tanya apa masalah dan apa yang saya boleh buat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda kemaluan bengkok boleh disebabkan beberapa faktor seperti
- variasi normal bagi zakar
- keturunan (genetik)
- penyakit tisu penghubung (connective tissue)
Bagi mengatasi permasalahan ini dengan lebih fokus, kami memerlukan beberapa maklumat tambahan dari anda untuk mencari punca kepada masalah iniu. Anda boleh mengubungi (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat secara privasi serta rawatan bersesuaian.