
Sulit
3 tahun
Zakar sensitif membuatkan saya risau
Saya lelaki 18 tahun…saya risau tentang diri saya kerana zakar mengalami zakar yang sensitif…bolehkah doktor bantu untuk mempulihnya tanpa mengambil apa² ubat…saya terlalu risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang maslah anda iaitu zakar yang sensitif. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, penis yang sensitif adalah normal. Akan tetapi, sekiranya sensitif terlalu kuat sehingga menganggu, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Fimosis yaitu apabila sesorang tidak berkhatan / sunat sehingga menyebabkan terdapat kotoran di celah kulit tersebut sehingga meradang
- Akibat jangkitan saluran kencing yang juga dikenali sebagai kencing kotor
- Kecederaan terhadap penis seperti akibat hubungan seks atau onani yang keras, atau akibat kemalangan atau sukan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.