
Sulit
3 tahun
Zakar terasa sakit apabila dalam ketegangan
Contoh semasa kemaluan saya dia mulai tegang , apabila dia tegang dengan sepenuhnya dia akan terasa sakit dan akan terasa senak sedikit .adakah kemaluan saya bermasalah ? Apakah langkah yang saya boleh lakukakn

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan kami memahami anda mempunyai sakit pada kemaluan ketika tegang dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kecederaan pada zakar
- Balanitis (jangkitan pada kulit zakar)
- Priapism (zakar menegang dengan terlalu lama dan menyebabkan kesakitan akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit darah beruk, gangguan mental, penyakit darah, penggunaan alkohol, kecederaan pada zakar atau saraf tunjang)
Namun ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian daripada doktor seperti:
- Peyronie’s Disease (apabila terdapat keradangan pada otot tisu zakar anda yang menyebabkan penghasilan tisu parut pada bahagian otot zakar)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar urologi