
haniyahhumayrah
5 tahun
Zakar terbengkok ketika bersama dengan isteri
Saya lelaki berumur 33 tahun dan saya mengalami masalah pada kemaluan saya ketila bersama dengan isteri kemaluan saya terbengkok atau terlipat tetapi tiada bunyi pop selepas berlaku terus kemaluan saya tidak ada ereksi dan sedikit sakit.selepas seminggu sudah kurang sakit dan bengkak tetapi bila ereksi kemaluan saya tidak menegang dan jadi seperti terung.adakah ini akan berterusan atau sementara.sudah seminggu masih seperti biasa.adakah perlu berjumpa dengan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah zakar terbengkok semasa bersetubuh ini adalah salah satu daripada kecederaan zakar yang sering dialami. Selain semasa melakukan hubungan seks, zakar boleh juga tercedera dalam keadaan berikutnya:
- kemalangan kereta
- lemalangan mesin
- luka tembakan
- kebakaran
- bersukan
Kesakitan yang dialami semasa zakar terbengkok ini boleh disebabkan oleh tisu tunica albuginea (tisu di bawah lapisan kulit zakar yang membolehkan zakar menegang semasa ereksi) atau otot zakar terkoyak. Kesakitan selepas kecederaan ini boleh berlarutan atau untuk seketika sahaja. Darah boleh terkumpul di bawah kulit zakar sehingga menyebabkan darah beku atau kembang dan lebam. Darah di hujung zakar boleh bermaksud kecederaan yang lebih serius.
Selain itu, ereksi yang tidak menegang sepenuhnya boleh menjadi komplikasi kecederaan tisu zakar atau kecederaan kepada saraf.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.