
Sulit
5 tahun
Zakar tidak keras tiba2
Hi Doctors,
Saya lelaki berusia 37 tahun dan baru sahaja berkahwin 1 tahun 5 bulan yang lalu. Kami masih belum ada zuriat bersama. Saya mengalami masalah zakar tidak tegang apabila bersama isteri.
Saya tidak dapat melakukan penetrasi kerana zakar saya tidak cukup keras/tegang. Ini sangat menggangu emosi saya sebab tidak dapat melakukan hubungan kelamin bersama isteri. Perkara ini terjadi semenjak bulan lepas. Dan ada beberapa kali sebelum terjadi seperti ini, isteri ada mengadu zakar kurang keras. Saya amat runsing dan kasihan melihat isteri.
Untuk pengetahuan doctors, saya mengamalkan hidup sihat dgn melakukan senaman dan tidak merokok.
Harap doctors dapat membantu dan memberi nasihat. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar tidak dapat mengeras ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung, Diabetes, Obesiti, Kolesterol tinggi, Darah tinggi
Walaupun anda mengamalkan gaya hidup sihat, penyakit-penyakit yang disebutkan diatas masih boleh terjadi. Bagi membantu masalah zakar tidak menegang ini, anda perlu bercakap dengan salah seorang doktor kami di talian kerana ubat yang digunakan memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu. Oleh itu, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.