
Sulit
4 tahun
Zakar tidak menegang ke thap maksima?
Zakar tidak cpai maksima

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk kami memberikan kesimpulan yang anda kehendaki.
Namun begitu, untuk makluman pihak anda, masalah zakar tidak menegang (eractile dysfunction) ini mungkin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Antara langkah yang boleh anda ambil adalah:
Amalkan gaya hidup sihat
Kurangkan berat badan
Elakkan merokok
Walaubagaimanapun, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan mengetahui punca, rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.