
Sulit
3 tahun
Zakar tidak mengeras seoenuhnya
ketika saya hendak melakukan hubungan seks ,zakar saya tidak dapat mengeras sepenuhnya seperti sebelum ni . adekah saya mengalami mati pucuk? ape yang saya patut lakukan ? ada ke ubat untuk merawat semula zakar saya ? dimana saya patut membelinya ?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, tidak mengeras sepenuh seperti sebelum ini, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Keletihan dan kelesuan
- Hubungan dengan pasangan anda
- Kencing manis, darah tinggi
- Gangguan saluran darah
- Ketidakseimbangan hormon
- Kesan sampingan sesetengah ubat atau rokok atau arak
Kejadian ini tidak semestinya mati pucuk, kami perlu mengetahui punca penyebab gejala anda, maka dapat memberikan bantuan atau rawatan yang sesuai kepada anda.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah