
muhdhazmi734
4 tahun
Zakar tidak mengeras seperti dahulu
Adakah ada cara untuk kembalikan ketegangan seperti normal secara semulajadi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Secara amnya, masalah ini disebabkan sama ada masalah fizikal atau psikologi. Bergantung dengan punca kepada masalah anda, rawatan mungkin berbeza. Kebiasaannya, masalah psikologi lebih mudah dirawat berbanding masalah fizikal. Punca masalah haruslah diketahui terlebih dahulu untuk rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.