
Sulit
4 tahun
Zakar tidak naik waktu pagi
Sy lelaki berumur 22 tahun.nak bertanya kenape zakar tidak naik bila waktu pagi atau ketika tengah bersama isteri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala mati pucuk termasuklah:
- Masalah mendapat ereksi
- Masalah menjaga ereksi
- Kekurangan keinginan seksual
Bagi mengelakkan masalah ini, puncanya haruslah dielakkan. Mati pucuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Anda juga boleh mendapatkan pendapat doktor pakar urologi (urologist) kami yang arif tentang sistem reproduktif lelaki dan masalah/madalah yang berkautan dengannya di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.