Mati Pucuk

Kenali Apakah Penyebab Impotensi (Mati Pucuk)

Baca Soalan

  • Faktor-faktor yang memainkan peranan penting untuk mencapai ereksi yang memuaskan termasuklah:
    • Hormon
    • Emosi
    • Saraf
    • Otak
    • Otot
    • Salur darah
  • Ketidakseimbangan mana-mana faktor di atas boleh mengakibatkan impotensi. Secara umumnya, punca-punca impotensi boleh diklasifikasikan kepada faktor fizikal dan faktor psikologi.

Sebab-sebab impoten yang bersifat fizikal termasuklah:

    • Penyakit jantung

    • Diabetes

    • Tekanan darah tinggi

    • Kolesterol tinggi

    • Obesiti

    • Penyakit Parkinson

    • Multiple sclerosis

    • Penyakit hormon seperti tiroid dan kekurangan testosterone

    • Penyakit yang melibatkan zakar seperti penyakit Peyronie

    • Komplikasi pembedahan

    • Kecederaan pada pelvis atau tulang belakang

  • Makanan penyebab impoten jarang ditemui.
  • Walaupun begitu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengubah dos ubat atau berhenti mengambil ubat.  
  • Sesetengah ubat dan amalan yang mungkin mengakibatkan impotensi disenaraikan di bawah: 
    • Ubat darah tinggi dan ubat penyakit jantung seperti digoxin

    • Sesetengah ubat lawas kencing

    • Sesetengah ubat tidur dan amphetamines

    • Ubat kemurungan seperti monoamine oxidase inhibitors (MAOIs), selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) dan tricyclic antidepressants (TCA)

    • Ubat tahan sakit opioid

    • Sesetengah ubat kemoterapi

    • Ubat prostat

    • Ubat hormon

    • Merokok

    • Minum arak

    • Penggunaan dadah

  • Dari segi psikologi pula, penyebab impotensi adalah:
    • Kemurungan, kecelaruan, keresahan dan penyakit psikologi yang lain

    • Stres

    • Ketegangan hubungan antara pasangan

Impotensi usia tua

  • Bagi mencapai ereksi yang memuaskan, salur darah yang sihat amatlah penting. Risiko tekanan darah tinggi dan diabetes telah dibuktikan lebih tinggi bagi mereka yang lebih tua.
  • Kedua-dua penyakit ini menjejaskan salur darah. Oleh itu, kedua-dua penyakit ini merupakan penyebab masalah ereksi yang utama bagi mereka yang berusia.
  • Ketidakseimbangan hormon dan sesetengah pembedahan juga turut meningkatkan risiko impotensi dalam golongan ini. Lebih-lebih lagi, mereka yang lebih tua selalunya mengambil jenis ubat yang lebih banyak.
  • Sesetengah ubat boleh mengakibatkan impotensi seperti yang telah disenaraikan di atas. Jika golongan ini juga mengalami stres atau masalah psikologi dalam kehidupan harian, maka kebarangkalian impotensi turut meningkat.

Impotensi usia muda

  • Bagi golongan muda pula, faktor psikologi menjadi lebih penting sebagai penyebab impotensi.  
  • Antara contoh masalah psikologi yang mungkin dialami termasuklah:
    • Ketegangan antara pasangan
    • Komunikasi yang kurang memuaskan
    • Stres
    • Keresahan
  • Keadaan psikologi seperti kemurungan juga boleh menyebabkan hubungan kelamin yang kurang memuaskan.
  • Penyebab impotent usia muda yang lain termasuklah sejarah gangguan seksual dan kegelisahan terhadap hubungan seksual.

Peranan golongan wanita

  • Walaupun impotensi merupakan masalah yang dihadapi oleh golongan lelaki, kaum wanita juga berperanan bagi mewujudkan hubungan seksual yang lebih memuaskan.  
  • Penyebab impotensi pada wanita termasuklah:
    • Ketegangan hubungan dengan pasangan
    • Keresahan terhadap hubungan
    • Komunikasi yang kurang memuaskan
    • Sebarang masalah psikologi yang dihadapi oleh golongan wanita juga mungkin menjejaskan pasangannya

Written by: Dr Ilias Yee

MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?