Mati Pucuk

Bagaimana Sildenafil Ubat Viagra Berkesan Dan Cara Penggunaan

Baca Soalan

Apakah viagra

Viagra mengandungi sildenafil citrate. Ia dipasarkan oleh syarikat “Pfizer” dan pil itu dalam bentuk diamond biru. Namun terdapat juga sildenafil citrate yang tidak dipasarkan di bawah nama Viagra tapi masih mempunyai fungsi yang sama.

Bagaimanakah pengambilan viagra yang betul

Viagra datang dalam 3 saiz dos iaitu, pil 25 mg, 50 mg, 100 mg. Anda memerlukan preskripsi doktor sebelum boleh menggunakan viagra.

Berikut merupakan tips pengambilan ubat ini;

  • Ubat ini dikira selamat dan jarang mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil dengan betul.

  • Ambil berdasarkan dos yang telah diberitahu oleh doktor anda, jangan mengambil dos yang berlebihan kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang buruk kepada pengguna.

  • Anda masih memerlukan rangsangan seksual untuk mendapat ereksi walaupun setelah mengambil ubat ini.

  • Ubat ini bertahan selama 3-4 jam jadi anda boleh mengambil ia sehingga 4 jam sebelum aktiviti seksual. Kebiasaannya kesan ubat ini mula berkesan setelah 30 hingga 60 minit.

  • cara makan ubat viagra - boleh diambil sebelum atau selepas makan, namun makanan yang berlemak boleh melambatkan masa untuk ubat berkesan.

  • Kesan viagra akan hilang biasanya selepas 4 jam penggunaan ubat. Sekiranya pesakit masih mengalami ereksi selepas tempoh ini, mereka perlu ke hospital dengan segera sebelum sel tisu di zakar mengalami nekrosis.

  • Ia tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak dan wanita

Interaksi viagra dengan ubat lain

Viagra boleh memberi kesan kepada ubat lain dan begitu juga sebaliknya. Ini boleh memberi kesan sampingan dan juga boleh membahayakan kesihatan seseorang.

Sila beritahu kepada doktor anda sebelum menggunakan viagra sekiranya anda menggunakan ubat-ubatan seperti berikut;

  • Nitrates

  • Guanylate cyclase stimulators seperti Adempas (riociguat)

  • Alpha blocker seperti Hytrin (terazosin HCl), Flomax (tamsulosin HCl), Cardura (doxazosin mesylate), Minipress (prazosin HCl), Uroxatral (alfuzosin HCl), Jalyn (dutasteride dan tamsulosin HCl), atau Rapaflo (silodosin). Ia boleh menyebabkan rendah tekanan darah atau pengsan jika diambil bersama viagra.

  • HIV protease inhibitors, seperti ritonavir (Norvir), indinavir sulfate (Crixivan), saquinavir (Fortovase or Invirase), atau atazanavir sulfate (Reyataz)

  • Antifungal seperti ketoconazole (Nizoral) dan itraconazole (Sporanox)

  • Antibiotik seperti clarithromycin (Biaxin), telithromycin (Ketek), atau erythromycin

  • Ubat untuk merawat tekanan darah tinggi

  • Ubat untuk merawat ED

  • Ubat untuk merawat pulmonary arterial hypertension (PAH) seperti REVATIO.

Kesan sampingan viagra

Sebelum mengambil ubat ini, anda perlu memaklumkan kepada doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti berikut;

  • Mempunyai atau pernah mengalami masalah jantung, seperti serangan jantung, angina, degupan jantung tidak sekata, masalah injap jantung, kegagalan jantung, dan juga sakit dada

  • Pernah ada surgeri jantung dalam 6 bulan yang lepas

  • Mengalami penyakit pulmonari hipertensi

  • Pernah mengalami stroke atau angin ahmar

  • Mempunyai rendah tekanan darah atau hipotensi

  • Mempunyai tinggi tekanan darah atau hipertensi

  • Mempunyai bentuk dan saiz zakar yang terlebih bengkok

  • Pernah mempunyai ereksi melebihi 4 jam

  • Mempunyai masalah darah seperti anaemia. leukaemia, dan sickle cell anaemia

  • Mempunyai masalah kesihatan seperti masalah genetik yang diwarisi dari keluarga

  • Pernah mengalami masalah penglihatan hilang yang serius

  • Mempunyai masalah pendarahan yang tidak terkawal

  • Mempunyai ulser perut

  • Mempunyai masalah hati

  • Mempunyai masalah buah pinggang atau dialisis

  • Mempunyai sebarang masalah kesihatan

Sila beritahu doktor anda tentang sebarang ubat, moden atau tradisional, herba, vitamin dan sebarang suplemen yang anda ambil.

Perlu diingatkan bahawa Viagra tidak melindungi pengunanya dari jangkitan STD. Oleh itu penggunaan kondom digalakkan untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit seksual (STD).

Kesan sampingan ubat ini yang biasa termasuklah: Sakit kepala, sakit perut, penglihatan terganggu seperti rabun warna dan penglihatan kabur, hidung tersumbat atau berair, sakit belakang, sakit otot, loya, pening dan ruam merah.

Ini hanya merangkumi sebahagian dari maklumat tentang ubat ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila bertanya kepada doktor anda atau syarikat yang mengeluarkan ubat tersebut.

Perlu Bantuan?