Sulit
5 tahun
Ada pertumbuhan benda warna putih pada vagina seperti ketulan cheese dan gatal
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya mendapati pada bahagian vagiina saya diselaputi benda warna putih seperti ketulan ketulan kecil yiss dan ianya gatal. Apakah masalah. itu? saya segan mahu ke klinik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda masalah dicaj keputihan dari faraj dan ketumbuhan putih di faraj mungkin boleh disebabkan oleh masalah yang sama ataupun masalah yang berbeza.
Antara sebab yang boleh menyumbang kepada masalah anda adalah:
Jangkitan kulat candida
Jangkitan vaginosis
Lichen-sclerosis
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Sekiranya anda mengalami masalah ini, sila berjumpa dengan doktor kerana terdapat kemungkinan jangkitan alat kelamin dan rawatan diperlukan.
warna keputihan berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan
Keputihan itu berbau hanyir dan mengeras
Kemaluan kemerahan atau gatal-gatal
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































