Sulit
3 tahun
Adakah saya mengalami gastrik,gerd atau ada masalah lain
Sy wanita berumur 39 tahun, sudah berkahwin, mempunyai 3 orang anak. Tinggi 149cm .saya mengalami rasa pedih perut yang teruk sejak 2 bulan yang. Sebulan kemudian mula rasa pedih perut dan sesak nafas. Hanya boleh makan dalam kuantiti yang sedikit. Berat badan turun dari 57kg ke 52 kg. Sekarang rasa pedih perut berkurangan tetapi Setiap hari rasa tidak selesa perut kembung dan seperti ada sesuatu yg tersekat didada atau kerongkong. Saya telah berjumpa dengan doktor 3minggu lalu dan memberitahu bahawa saya ada gastrik dan telah diberikan ubat magnesium trisilicate,paracetamol dan loratadine (hospt kerajaan) dan robotide(klinik swasta). Masalahnya bila saya makan ubat magnesium trisilicate tu kali ke 2 pada hari berikutnya…saya rasa jantung berdebar, pening kepala dan seterusnya migrain, badan juga rasa lemah pada keesokan harinya.sejak itu saya berhenti untuk makan ubat tersebut. Saya belum pernah mengalami alahan pada apa- apa ubat-ubatan sebelum ini. Jadi pertanyaan saya:
- Adakah saya mengalami gastrik atau gerd?
- Adakah saya perlu membuat pemeriksaan usus?
- Adakah saya alah pada ubat magnesium trisilicate?
- Apa ubat yang sesuai untuk saya?
- Adakah rasa tidak selesa, kembung dan sukar bernafas ini akan sembuh atau berkekalan sampai bila - bila?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mendengar keluhan anda, masalah yang anda hadapi adalah lebih menjurus kepada GERD. Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.
Memandangkan anda mempunyai reaksi hipersensitiviti terhadap ubat yang diberikan doktor, anda digalakkan menukar kepada ubat alternatif. Masalah ini boleh dikurangkan dengan langkah pencegahan seperti dinyatakan diatas.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.