
Sulit
3 tahun
Air mani bertukar warna kuning
saya lelaki… umur 23 thun… saya mengalami air mani bertukar warna kuning… doctor ada penyelesaian ? antibiotik de jual tk dekat farmasi atau doctoroncall untuk pulih masalah saya… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah air mani kuning yang dihadapi. Akan tetapi, gejala ini kebiasaannya tidak merujuk kepada masalah yang serius dan anda tidak perlu bimbang. Kecuali jika anda ada mengalami masalah seperti yang berikut:
Kulit berwarna kuning
Bau air mani yang tidak menyenangkan
Sakit ketika berejakulasi
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Air mani yang bercampur dengan air kencing
Tidak berejakulasi dalm tempoh yang lama
penyakit kuning (jaundice)
Kandungan daruh putih yang banyak
Pemakanan yang mengandungi pewarna kuning
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.