
Sulit
5 tahun
Angin pasang dan kerap rasa sakit
saya lelaki… sye nk tanya dktor… ade kah punca hernia tu datang dari terkumpul nye air mani… sebab sye tk pernah onani… dan ia boleh buat sya jadi mandul ke… sye ingin tahu… kerana sye ingin berkhawin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Hernia atau angin pasang berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada. Terdapat beberapa jenis angin pasang :
- Inguinal hernia
- Hernia femoral
- Hernia hirisan
Untuk makluman pihak anda, masalah hernia ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang meningkatkan tekanan dalam ari-ari. Antaranya:
- obesiti
- mengangkat objek berat
- batuk kronik
- meneran semasa membuang air besar atau kecil
- penyakit paru-paru kronik
- ada cecair atau ketumbuhan yang besar dalam ruangan abdomen
Komplikasi dari angin pasang ialah :
- angin pasang surut
- angin pasang tidak surut
- angin pasang terbelit
Hernia tidak menyebabkan kemandulan tetapi pembedahan untuk hernia mempunyai potensi yang rendah untuk menyebab kemandulan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.