
Sulit
4 tahun
APAKAH TANDA LAMBAT DATANG PERIOD DAN KADANG akan rasa SAKIT PERUT. Harap ada pencerahan tentang masalah kesihatan saya ini untuk diubati dengan kadar segera
Hi, saya nak tanya tentang masalah kesihatan saya. Sebelum ini period saya teratur setiap bulan dan pada Tarikh yang sama. Tetapi bulan ini saya masih belum period. Saya membuat test kehamilan sebanyak 2 kali dan didapati (-). Bolehkan doktor jelaskan kepada saya apa yang berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Justeru dalam kes anda, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Terima kasih.