
Sulit
4 tahun
Bahagian peha dan bawah perut berdenyut
Salam sejahtera. Saya seorang perempuan berumur 19 tahun. Saya mendapati bahagian tepi peha kanan saya berdenyut seakan denyutan jantung. Ia kelihatan sangat ketara. Setelah diteliti dengan lebih lagi, saya mendapati bahagian bawah perut juga berdenyut tetapi tidak sekerap di peha. Ia timbul ketika saya baring dan duduk. Tetapi tiada kesakitan yang saya rasa. Saya sedang dalam pantauan pakar gynecology dan mengambil ubat perancang oralcon untuk 6 bulan berturut turut untuk merawat sakit senggugut saya. Adakah denyutan ini adalah kesan sampingan dari ubat oralcon? Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang jelas dengan kenyataan berdenyut yang diberikan oleh anda. Kami juga tidak pasti sama ada gejala yang dialami oleh anda berkait dengan pengambilan pil perancang yang digunakan oleh anda. Anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini bersama dengan doktor yang melihat dan memeriksa keadaan anda.
Berikut merupakan kesan sampingan pil perancang yang biasa dilaporkan:
- Pening atau sakit kepala kepala
- Sakit payu dara
- Gangguan kitaran haid
- Loya dan muntah
- Perubahan mood
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.