Sulit
2 tahun
Telapak kaki rasa terbakar
Hi doktor , saya wanita berumur 19 tahun . Kebelakangan ini , kaki saya terasa lemah unfuk berjalan , dan tapak kaki sebelah kiri rasa panas seperti terbakar . Saya sudah membuat ujian darah dan tiada penyakit diabetes . Apakah pendapat doktor tentang masalah yang saya hadapi ini ? Terima kasih .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan anda, anda mengalami kesakitan tapak kaki sebelah kiri. Saya menasihatkan anda untuk memantau kesakitan tersebut (poin sakit tertentu pada tapak kaki, tahap sakit, kekerapan sakit ) dan mendapatkan nasihat doktor untuk mencari punca dan mengurangkan kesakitan. Antara sebab-sebab sakit tapak kaki termasuk:
- Trauma atau aktiviti yang menyebabkan cedera ligamen atau tulang kecil tapak kaki seperti plantar fascitis
- Kristal atau ketumbuhan kecil yang berlaku dalam kalangan warga tua seperti bunion, hammertoe dan gout
- Tapak kaki rata
Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sakit sementara membuat pengimejan untuk mencari punca sakit.
- Protection/ Mengurangkan pergerakan kaki secara mungkin
- Rest/ Memperbanyak rehat kaki
- Ice/ Meletak pek ais pada kawasan sakit
- Compression/ stabilkan struktur kaki anda menggunakan pembalut
- Elevate/ Merehatkan kaki atau bantal lembut
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar tulang.