Sulit
2 tahun
Peha kiri saya sakit sgt bila pegang dn tidur mngiring tp tiada sebarang luka
Assalam doc , saya perempuan berumur 24 tahun ini , saya sering sakit peha kiri bila sya pegang dan tidur mengiring … dan sya skrg jgk tgh mnjalani diet dibawah dietitician dan fitness trainer …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Keradangan pada sendi ( arthritis )
- Kecederaan pada sendi atau ligamen pada sendi pinggul yang pernah dialami sebelum ini.
- Ketegangan otot
- Keradangan pada cecair sendi ( bursitis )
- Masalah aliran darah pada otot dan tulang paha serta sendi pinggul ( avascular necrosis )
- Sendi permukaan tulang pinggul dan tulang paha menjadi terlalu rapat, menyebabkan sakit apabila peha digerakkan. Ini boleh disebabkan oleh penumbuhbesaran tulang yang tidak normal
- Retakan stress ( stress fracture ) yang boleh disebabkan oleh aktiviti yang terlalu kerap menggunakan sendi tersebut seperti berlari.
- Keradangan pada tendon otot ( tendonitis )
- Penyakit-penyakit sendi yang lain seperti reumatoid , hip snapping syndrome , dan jangkitan kuman pada sendi pinggul .
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.