Sulit
3 tahun
Masalah kaki kaki kebas, kadang2 ibu jari kaki kanan rasa seperti dicucuk dan kadang2 tapak kaki kanan berasa panas sepert mengeluarkan haba
Wanita. 24 tahun. 3-4 hari lepas kaki kanan rasa seperti mengeluarkan haba panas secara tiba2. Hanya dalam 20 saat kemudian hilang. Kemudian, selepas melalukan exercise fokus kepada kaki. Kaki berasa kebas, jari ibu kaki kanan terasa seperti dicucuk dan tapak kaki masih terasa sperti mengeluarkan haba panas utk seketika. Kemudian hilang.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan kaki anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah kebas di kaki seperti dicucuk dan berasa panas. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa ( sensation ). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki. Rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut;
- Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
- Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘ herniated disc ‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
- Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap.
- Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis , epilepsi , strok dan hypothyroidism
- Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
- Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
- Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.