Sulit
2 tahun
Tangan bengkak kerana terkena duri sawit
Ayah sy sudah mgamalmi hampir 3 bulan sakit dipergelangan tangan.puncanya kena duri sawit.dah pergi x-ray tiada masalah tulang.sampai sekarang masih terasa sakit dipergelangan tangan.nak mengangkat barang pun xboleh LG.masih terasa menyucuk2 bila ngangkat atau menggengam tangan.mcmmne cara penyelesaiannya doktor.trima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan tangan ayah anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, ayah anda menghadapi masalah sakit dibahagian pergelangan tangan selepas terkena duri sawit sejak 3 bulan yang lalu. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang sedang ayah anda hadapi. Antaranya adalah:
- gangguan pada saraf
- gangguan muskuloskeletal
- trauma otot
- gangguan pada saluran vaskular
- jangkitan
Ayah anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.