Sulit
2 tahun
Tangan bergetar, kadang-kadang ketara dan Kadang2 tidak ketara
Saya wanita yang berumur 20 tahun,saya tidak tahu kenapa tangan saya kadang-kadang bergetar dgn ketara dan tidak ketara.Adakah itu normal kepada saya umur 20 tahun dan masih student. Saya agak risau di situ,bila saya pegang fon atau pun pegang pen, saya boleh nampak yang barang saya pegang tu pun bergetar sekali.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala bergetar secara tiba-tiba boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat atau kurang rehat
- gangguan kulit (psoriatic arthritis)
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- sindrom reynaud
- buerger disease
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf (tunnel syndromes)
- gangguan muskuloskeletal
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- tanda-tanda awal gangguan tiroid
- dan lain-lain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.