Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk berpanjangan & sukar bernafas di waktu pagi. Sakit belakang pinggang & perut cramp di waktu malam

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 28, 2020 3:32 PM

Sulit 2 bulan

Saya telah mengalami batuk sejak seminggu yang lepas. Batuk teruk & diikuti dengan bersin-bersin terlalu kerap berserta hingus & kahak biasanya pada awal pagi. Pagi tadi saya mengalami shortness of breath & ada whizzing sound bila bernafas. Paling panjang boleh tarik nafas dalam 5 saat. Saya kemudian mengambil keputusan untuk ke klinik kesihatan berhampiran di rumah. Saya dihantar ke seksyen saringan Covid-19. Selepas tekanan darah diambil, doktor bertugas panggil saya dan saya nyatakan simptom saya. Kebetulan masa pemeriksaan, dah takde whizzing sound & doktor kata paru-paru saya clear. Jadi tiada swab test dibuat ke atas saya. Saya hanya diberikan ubat cair kahak & ubat selsema sebelum dibenarkan pulang. Sebelah petang hingga ke waktu malam saya akan terasa lenguh & sakit teramat sangat di bahagian belakang pinggang membawa ke atas hingga ke bahagian belakang dada. Tapi malam ni bertambah teruk bila selain sakit di tempat yang saya nyatakan, perut saya pun dah cramp. Bila nak bergerak contohnya dari duduk nak berdiri akan terasa kejang yang teramat sangat. Saya seorang lelaki, berumur 32 tahun, tidak merokok. Tinggi 172 cm, berat 82kg. Sudah berkahwin, mempunyai 2 orang anak. Sepanjang PKP saya hanya bekerja dari rumah & cuma keluar untuk membeli barang-barang keperluan keluarga sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Berdasarkan keterangan di atas, konsulatasi di platform ini adalah terhad berbanding dengan doktor yang anda telah jumpa. Oleh itu, saya sarankan untuk anda meruskan rawatan yang diberikan oleh pihak hospital terlebih dahulu. Ianya mungkin mengambil masa sebelum ianya berkesan.

Selain itu, masalah sesak nafas sebenarnya boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:

Manakala masalah cramp yang anda hadapi berkemungkinan disebabkan anda menggunakan otot terlalu kerap semasa anda mengalami batuk dan selsema.

Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Apr 28 2020 15:32:43 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Kahak kahak berdarahnak tahu apa punyanya Saya berusia 46 th,bila saya bersin terkeluar kahak berdarah dari mulut Baca lagi...
54 hari
Sulit
Batuk on off. Berumur 23 tahun Sudah sebulan lebih saya batuk. Telah berjumpa dengan dokto. Ubat batuk pon da makan. Batuk da ok tak teruk sgt. Tapi bila makan seafood atau jenis kekacang saya mula batuk teruk tekak gatal sam… Baca lagi...
39 hari
Sulit
Mengalami batuk lebih dari 2 bulan Saya lelaki umur 20 a . Saya sejak beberapa bulan lepas mengalami batuk yang agak keonik . Tetapi bila check ke klinik mereka kata batuk biasa . Saya cuma risau batuk ni bertambah teruk dan bole… Baca lagi...
59 hari
Sulit
Saya alami berkahak tapi tidak ada batuk kering mcm tu. cuma rasa berkahak dan cuba batuk untuk keluarkan dan susha nak keluar Assalamualaikum dan selamat malam doctor. sy mengalami berkahak sudah dlm lebih kurg beberapa bulan. dan saya dapati kahak sy ada mcm bintik2 hitam. saya sudah berhenti merokok sejak 2 atau 3 ta… Baca lagi...
39 hari
Sulit
Batuk berkahak dan gatal tekak Saya perempuan berumur 27 tahun. Mengalami batuk berkahak more than 2 week. Currently getting better but still batuk berkahak. So should i go to clinic as per recommended by my company? Baca lagi...
58 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi