
Sulit
4 tahun
Batuk dan berhingus tengah malam dan awal pagi
Saya wanita berusia 33 tahun. Selalu mengalami batuk dan berhingus tengah malam dan awal pagi.menggunakan ubat sembur hidung.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterengan yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala batuk dan berhingus pada waktu malam dan pagi. Untuk makluman anda, gejala batuk sememangnya akan lebih aktif ketika malam kerana posisi baring akan menyebabkan lendiran paru-paru untuk berkumpul di bahagian tekak yang boleh menyebabkan batuk tersebut Namun, terdapat beberapa punca atau kondisi yang boleh dikaitkan dengan gejala diatas seperti:
- Keradangan sinus (sinusitis)
- Alahan sinus
- Jangkitan kuman pada salur nafas
- Merokok
- Penyakit kronik paru-paru tersumbat. (COPD)
- Penyakit keradangan bronkial (Bronchitis)
Jawapan diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda. Namun, anda boleh mencuba untuk rawatan di rumah seperti:
- Tinggikan bantal anda agar posisi kepala dinaikkan tinggi.
- Sentiasa pastikan ruang tidur dalam keadaan lembap
- Memakan madu
- Rehat dan ambil ubat untuk hilangkan salur nafas tersumbat
- Berhenti merokok
- Dapatkan rawatan keradangan sinus anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda untuk mengetahui masalah anda dengan jelas.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda.
Terima kasih.