
sararoslan1997
4 tahun
Batuk kering, hidung tersumbat sebelah kanan, lesu badan
mHello doctor. Saya lately ni batuk kering & the latest one cepat lesu badan, and now hidung saya tersumbat. Pening oening kepala dan saya tak dapat tidur due to shortness of breathe.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami mungkin berkaitan antara satu samaa lain atau seblaiknya. Namun untuk membuat kesimpulan mengenainya, maklumat lanjut adalah diperlukan.
Akan tetapi, masalah batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Untuk masalah hidung terseumbat, ianya berkemungkinan disebabkan hingus, ketumbuhan di dalam hidung atau masalah anatomi hidung. Manakala pening kepala pula boleh disebabkan oleh masalah seperti;
vertigo
anemia (kurang darah merah)
jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
orthostatic hypotension
pengambilan ubat tertentu
Masalah sesak nafas ini pula boleh disebabkan oleh masalah seperti:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.