Sulit
2 tahun
Belakang kaki ada bengkak macam ketulan dan keras
Hi dr, mak saya berumur 70 tahun mengalami bengkak dia bahagian belakang tumit kaki kanan mak saya ada masalah darah tinggi sahaja, bila pergi check up di klinik dr cakap bukan gout, mungikin sebab minum air terlslu bnyak, dr pun kurang pasti, bole dr tolong saya, apa sebenarnya punya tiba tiba belakang tumit kaki kanan mak saya bengkak
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami emak anda mengalami masalah bengkak pada bahagian belakang tumit kaki kanan. Anda juga memaklumkan bahawa emak anda menghidapi penyakit darah tinggi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, bengkak pada kaki boleh disebabkan oleh :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Bengkak air disebabkan masalah jantung atau masalah buah pinggang
- Jangkitan kuman pada kulit
- Gigitan serangga
- Kesan sampingan ubat
- Deep vein thrombosis
Ini adalah jawapan secara umum mengenai punca-punca yang boleh menyebabkan masalah emak anda. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah emak anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.