Sulit
4 tahun
Bengkak kaki slama 2 bulan kerana tepijak jarum jahit, tetapi tidak pasti sama ada tetinggal di dalam kaki atau tidak, bengkak kecil, kadang sakit kadang tak
Saya ada tepijak jarum jahit, lalu kaki saya bengkak, saya tidak terlalu yakin yang jarum itu tidak tetinggal di dalam kaki, tetapi saya lihat jarum yang patah itu elok sahaja hujung atas nya, jadi macam ni, saya tepijak semasa jarum itu terpacak di karpet, semasa saya gerak ke depan sedikit jarum itu patah, saya tarik kaki saya lepastu ber darah. Masa tengok jarum tu jarum tu dalam keadaan Dah patah, myb saya pijak then tetolak kuat sangat, Kemudian saya ingat nak pergi klinik tetapi esok tu dah kene balik asrama.saya biar sahaja la sebab ingatkan dia boleh pilih balik macam tu je, 3minggu dekat asrama saya tak pergi klinik lagi, then minggu ketiga tu baru nak pergi, Dr sana bagi ubat sapu, telan, kemam tahan sakit je, then dia kata kalau nanah,Dah lama dah saya demam macam tu. Then saya pakai jela ubat tu, sampai sekarang tak surut bengkak, saya sakit kalau tepijak bahagian bengkak tu je. Logik ke ada luka belah dalam kaki?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Rawatan adalah berdasarkan punca kaki anda bengkak. Hal ini kerana, jika bengkak disebabkan jangkitan kuman, antibiotik perlu diberikan Tidak semua jenis kaki bengkak boleh dirawat dengan ubat susut bengkak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































