
Sulit
4 tahun
Bengkak pelipat kaki
Saya tidak dapat berjalan selama 3 hari disebabkan bengkak pelipat kaki.Baru baru ini saya berjumpa doktor berkenaan bengkak tersebut,bengkak bertambah dibahagian lutut. Saya minta doktor suntik airbisa.4 dos dikeluarkan dari lutut.tp doktor tidak dapat keluarkan dari pelipat kaki sebab ianya sudah mengeras. Adakah saya memerlukan pembedahan.kaki tidak bolih diluruskan dan dilipat.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bursitis
- Cyst
- Osteoarthritis
- Dislocated knee
- IT (iliotibial) band syndrome
- Meniscal tear
- Patellar tendinitis
- Kecederaan ligamen
- Rheumatoid arthritis
- Gout
- Septic arthritis
Anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin jika anda ada gejala - gejala ini :
- Mana-mana kesakitan yang tidak kurang atau pulih dengan rehat yang secukupnya dalam masa beberapa hari perlu dinilai oleh doktor.
- Kecacatan yang jelas pada lutut atau sendi anda
- Tidak boleh menanggung berat badan pada lutut anda
- Bengkak lutut yang ketara
- Demam
- Rasa lutut seperti tiada sokongan
- Saliran dari lutut
- Luka besar
- Luka cecair
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.