Sulit
5 tahun
Betis bengkak dan ada merah2 dan sakit
Adik sy umur 30, perempuan, belum kawin. Betis bengkak dan ada merah2 dan sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan adik anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah betis bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- darah beku pada salur darah di kaki
- jangkitan kulit (cellulitis)
- kegagalan organ seperti buah pinggang, jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang adik anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor secara langsung.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih































