Sulit
3 tahun
Betis kaki bengkak merah dan sakit
Saya lelaki yang berusia 26 tahun mengalami pembengkakan kaki dibahagian betis dengan merah2 nya sekali dan bisa sakit. Saya terkena pada semalam, menyebabkan saya susah nak tidur akibat bisa dari kaki tu. Boleh tok jelaskan tak sakit apa tu ada rawatan yang dicadangkan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan adik anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah betis bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- darah beku pada salur darah di kaki
- jangkitan kulit (cellulitis)
- kegagalan organ seperti buah pinggang, jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang adik anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor secara langsung.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih