Sulit
5 tahun
Bisul di kemaluan tiada mata
Saya wanita berumur 22 tahun mempunyai bisul di kemaluan tiada mata sudah 3 minggu lama tidak ada mata.benjolan makin besar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tanpa melihat kepada luka kulit tersebut, dan hanya berdasarkan keterangan yang anda berikan, bisul pada kawasan kemaluan secara umumnya boleh disebabkan oleh beberapa penyakit, seperti:
- Jangkitan kuman pada lapisan kulit
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika anda ada melakukan hubungan seks dengan pesakit
- Akibat reaksi keradangan apabila terdapat alergi terhadap bahan fabrik ataupun sabun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

































