
liyana.zakaria85
5 tahun
Buasir. Badan terasa lemah dan tidak bertenaga
Saya wanita berusia 30 tahun. Untuk makluman, semalam saya telah ke hospitak wad kecemasan untuk lakukan pemeriksaan kerana mengalami berak berdarah. Scope dimasukkan dan didapati terdapat pendarahan dalaman atau buasir dalaman. Hari ini saya mula mengalami pening dan seperti tiada tenaga. Adakah ini simptom biasa bagi pesakit buasir? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah buasir yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh kekurangan darah merah atau anemia. Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh masalah lain yang tidak berkaitan dengan buasir seperti dehidrasi, migrain dan sebagainya kerana pening merupakan gejala yang umum.
Namun, sekiranya masalah anda disertai dengan gejala berikut, anda digalakkan untuk datang ke hospital:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali jika masalah anda berlarutan atau semakin parah.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.